Isnin, 12 Mei 2014

Dermaga Cinta Ukhrowi

Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang sedang menonton televisyen – Cinta Ilmu bersama Ustaz Haryanto. Siaran TV AL HIJRAH itu telah pun bertukar kepada azan solat maghrib. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “Awak, maghrib dah. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya.    

  
    “ Tak pernah solat, nak jadi imam? Huh, lawak antarabangsa betul. Macam mana aku boleh kahwin dengan ustazah pun aku tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh tambah pula umur sebaya dengan aku pulak tu. Okay,salah aku, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk. Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku jolikan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Asiah Yusra bt. Hj Dato’ Imran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia tinggal di Kepala Batas, Pulau Pinang. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku dan aku harus pakai kereta isteri aku. Arrrhh, Abah suruh aku uruskan syarikatnya dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.” Bisik dia meluahkan rasa menyesal.        “Awak, awak dengar tak? Saya macam bercakap dengan dinding je.” Tanya Asiah Yusra tambah pula nada sindiran.  “Hm,saya solat dekat surau.” Umar Al-Khattab menjawab dengan tak sengaja. Umar sebenarnya tidak tahu kenapa bibirnya begitu pantas berbicara sedangkan dia kurang kenal perkampungan ini, tetapi dia lega kerana hanya ingin melarikan diri daripada menjadi imam. Tiba-tiba Asiah Yusra membalas “Saya ikut. Jap saya bersiap.” Umar tersentak lalu tak berkata sepatah perkataan.                              

             Kunci kereta telah dicapai si suami. Umar dah tak tentu arah semasa memandu. Asiah Yusra yang daripada tadi perhatikan reaksinya bagaikan orang buta kehilangan tongkat. Maklumlah, asyik ulang-ulang jalan yang sama. “Awak,surau belok kiri tu.” Umar hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Umar masih tidak mematikan enjin. Asiah Yusra pun tidak keluar lagi dari kereta. Umar melihat si isterinya yang hanya berjubah hitam dan siap memakai kain telekung. “Awak, okay ke saya pakai macam ni? Eeerrrr, Sha” Umar yang berkopiah putih dan seraya bertanya. “Mana tahu kena halau diorang nanti?” Asiah Yusra senyum. “Jangan risau yang menilai itu Allah SWT bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA, insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Umar terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang tentang bab-bab agama. “Jom.” Ajak Asiah Yusra. “Hmm.” Enjin kereta di matikan.                

      Malam itu Umar duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat imam tadi bagi ceramah tentang solat. “Solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia terjumpa tadi.   

"saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa  hamba."              


    “Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami kau. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong!” Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya  “Tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!”                  “Berubah? ?” Asiah Yusra memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Lalu, ke belakang Umar dan menutup mata Umar dengan tangannya. “cuba teka?” kata Asiah Yusra dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Umar yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Asiah Yusra. “hmmm, Doremon..” main-main Umar. “salah! Doremon tak reti bergurau!” Umar ketawa. “hm,Hj. Imran.” Asiah Yusra pula ketawa. “salah! Hj.Imran dekat Johor.” “ha! tahu..tahu..Aisha!” Asiah Yusra kerut dahi. “Aisha mana?” “Err Asiah..Err Yusra.” Umar menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya. Umar berasa  akan sesuatu yang aman, mendampingi isterinya kerana Allah bagaikan mendampingi nyawa dirinya sendiri.

             Seminggu berlalu, “Awak,saya tak reti masak” berkata Yusra yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Umar. “Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak, hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak.” Hati Umar berkata. “Awak, macam mana ni?” tanya Yusra sayu. Umar menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “Tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.”         “Maaf ya awak err abang..” Umar senyum. “tak apa.” Sedang Yusra berfikir di bar dapur itu Umar masuk dengan membawa laptop. “Abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?” Tanya Yusra. “Belajar masak guna internet.” Balas Umar dengan  senyuman dan mengangkat kening. Hidangan sudah siap untuk dijamu bersama atas hasil kerja sepakat. “Dah.. makan cepat. Nanti tak sempat nak bersiap pergi surau.” Umar langsung tak sedar apa yang dia bicarakan.         “Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni.” Asiah Yusra tersenyum kerana bicara hatinya itu. “Ustaz!.” Panggil Umar pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “Ya?” “saya nak…” “nak apa?” Umar malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. “Anak nak apa?” “Saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum. “Mari.” Selesai solat Isyak tadi Yusra terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Umar di kereta.          

         Senyum terukir apabila melihat Umar menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. “Ustaz kenalkan isteri saya.” Umar kenalkan Yusra pada lelaki itu. Yusra hanya senyum dan mengangguk. “Baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau. Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Umar bersuara. Selesai sudah usai perbualan mereka. Umar duduk di birai katil dengan mata memandang Yusra yang sedang mengemas bajunya ke dalam bagasi. “Lamanya abang pergi..” Umar tersedar. “Hmm,seminggu je.” Dia katakan kepada Yusra ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.                                  


                  Sudah dua hari Umar di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah dibuat. “Ya Allah… banyaknya dosa hamba”. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas.   “Awak sihat?” Umar duduk di tangga surau papan itu.  Asiah Yusra bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Awak tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Awak, err hmm awak tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak solat jemaah tau?” Yusra mengadu keadaannya semenjak ketiadaan Umar di sisinya. Umar hanya senyum mendengar coleteh si isteri.  “Ha! Lagi satu abah kata awak mana ada kerja luar, baik awak cakap awak pergi mana?” Tiba-tiba suara Yusra bertukar sebak...Saya tahu,saya bukan sapa-sapa di sisi awak, tapi tak patut awak tipu saya..” air mata Yusra mengalir. Umar terdiam.          Terkejut Umar tiba-tiba terdengar esakkan. “Awak nangis ke?” Diam lagi. “Awak, saya…”  Yusra memintas. “Tak apa. Saya faham.” Air matanya di sekat. “ Awak sihat tak?”  “Alhamdulillah sihat.” Jawab Umar. Kemudian, terdiam.  “Awak jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Yusra.  “baik sayang.” Terdiam Yusra.           

Umar senyum. “Lagi?”  

“Err..awak jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” 

Umar ketawa.  “Next?” 

“Kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajjud..”   

Umar hanya mengangguk. “Lagi?”  

“Selalu beristigfar”  

“Okay.Lagi?”  

“Ingat Allah dalam setiap perbuatan.”  

“Alright, next?”  

“Sentiasa berselawat.”  

“Okay.”           

 “Awak hmm ni last.”   

“Apa dia tu?” soal Umar lembut.  

“Doakan rumahtangga kita sampai syurga.”  

Umar senyap sekejap. “Sure.”                                

     Dari jauh Umar telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Umar mengheret bagasi berodanya. Yusra telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman. “Assalamualaikum,awak.” Sapa Umar. “Waalaikumussalam,awak err aa..abang.” Nada ceria. Yusra bersalaman dengan Umar. Terpegun juga Yusra melihat berubahan Umar yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah. Ada kalanya Umar tidak perasan bahawa dia memakai kopiah kerana sudah terbiasa.          Wajah Umar seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Umar perasan isterinya memerhati. “Err, awak pandang apa?” Yusra tersentak. “Eh, tak.. abang nampak lain.” “Apa yang lain?” Umar memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya. “Oh..” jawab Umar dan menarik kopiahnya. “Jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Umar telah pun duduk di sofa sementara Yusra pergi membuat air di dapur. Mata Umar menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih.          Walaupun rumah ini besar dan kurang perabot tetapi sangat selesa. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang. “Abang nah..” lembut Yusra menghulurkan gelas itu pada suaminya. Umar menyambut. “thanks.” “Abang, nak tahu tak?” Yusra duduk melutut depan Umar yang duduk di sofa itu. “hmm?” Umar merenung Yusra. Dia sudah faham dengan sikap Yusra yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. “Nk dengar istrumen yang menyentuh jiwa.” Berkerut dahi Umar. “Oh, apa benda tu?” “Kisah sang bidadari dunia, ini nasyid. Best!” Yusra senyum sambil menunjukkan kecomelannya. Walaupun penat, Umar masih lagi melayan. “Apa yang best?” “Nasyid? ?” Umar kekeliruan. “Best jugak tapi sedih.” Yusra membalas. “Kenapa?” Tanya Umar inginkan penjelasan. “Entah. Abang nak dengar? Tajuknya Kau Pemilik Cinta, group Hijjaz yang mengalunkan. Tanpa membuang masa Yusra mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu dan menghulurkan earphone pada Umar.          


              “Hm, awak ambil satu..” Kata Umar dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “Err..kita dengar sesama..” tergagap-gagap Umar. “Ok.” Ceria Yusra menyambut earphone itu. “Abang.. Kita jadikan lagu ni untuk kita tau.” Umar tersenyum. Kemudiannya, menarik tangan Yusra agar duduk di sebelahnya agar mudah untuk dengar mp3 itu.        

Oh pemilik cinta 
Betapa dapatku rasa 
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa 
Dalam kesepianku 
Kau hadirkan dirinya 
Peneman menuju syurga.... 


Oh Pemilik Hati  
Sungguh Kau Maha Mengerti  
Lemah diri ini hidup bersendiri  
Dirinya seperti cahaya yang menyinari  
Indahnya bak bidadari... 

Semua persoalan bertemu jawapan 
Tiada lagi kebuntuan mengganggu fikiran 
Kesyukuran ini melimpah di hati 
Betapa agungnya kasih-Mu Ilahi…



                   ……. Umar tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Yusra dah tidur. “Err awak…” Umar cuba mengejutkan isterinya lagi. “Awak bangun. Dah azan Asar ni..” Yusra bangun dengan mengosok matanya. “Abang saya ABC la. Abang solat lah..” Umar pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “Awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Yusra memandang Umar. “Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Umar teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Umar telah pun bangun untuk menuju ke bilik.

                  Umar sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. “Abang..” sapa Yusra manja. Umar senyum. “Kenapa?” “Nah..” Yusra Asiah menunjukkan sesuatu pada Umar. “Birthday saya rasanya belum lagi..” “Abang bukalah dulu. Saya dah ngantuk. Jangan tidur lewat-lewat tau, nak berjaga untuk solat sunat tahajjud pulak. Selamat malam abang.

             "Assalamualaikum."Yusra nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan untuk mencari pedoman buat suaminya. Setelah Yusra masuk ke bilik. Perlahan-lahan Umar membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu.                

               Umar turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai kemaskan bahan-bahan kerjanya, Umar mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Yusra kelihatan tidur dengan lena. Mungkin penat sangat. Umar senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beria-ria hendakkan tafsir Al-Quran itu.                           


          “Umar!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Umar hanya tunduk. Sejak menjadi suami Yusra dia banyak sangat mendiamkan diri.                 


        Selepas pulang dari pondok agama, dia tak cepat marah atau melenting. “Kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Umar. “Abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “Bukan kamu joli kan semua duit tu?” “Abah..”  “dah! Abah tak kisah, yang penting kamu buat saja macam mana sekali pun, asalkan abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni!”  “ 

         Tercengang Umar mana dia ada duit banyak tu. “Abah, saya tak ada duit banyak tu.” “abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Umar. Tiba-tiba telefon Umar berbunyi. Al-Banna. Ada apa agaknya abang iparku menelefon.Menolog Umar “Assalamualaikum..? ? Kau balik rumah kau sekarang!” Lemah Umar menjawab. “Waalaikumussalam, anta. Err, kenapa?” “Kau balik je!” Tersentak Umar tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya? Rusing dibuatnya si Umar.                

       “Along.. Tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” Rayu Yusra. “Eh, kau diam lah dik..” Umar melangkah masuk ke rumah. “Assalamualaikum.”  “Ha! sampai pun kau..” Umar menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Umar menarik kembali tangannya. “Kenapa along?” “Aku nak bawak Yusra balik..” Terkejut Umar mendengar. Matanya memandang Yusra yang telah pun berair mata. “..ta..tapi kenapa?” “Kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” Herdik Al-Banna. “Along tak boleh buat macam ni..” Sebak Umar mendengar.  “Apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan Baba kahwinkan kau dengan dia, kau dah berubah rupanya hampeh je.”Al-Banna melepas berangnya. “Along,kenapa along cakap macam tu?” Yusra yang tadi berair mata membela Umar. “Kau diam. Dah, sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Al-Banna menarik tangan Yusra.               Yusra sedaya upaya menarik kembali tangannya. Saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!” “Hoi, Umar. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur!” Marah Al-Banna lagi. “Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini aku muflis tersangat!” Mengadu hati Umar.  “Abang..tolong…” sayu Yusra meminta pertolongan suaminya. “Saya izin..” Umar sebak . “..saya izinkan awak balik.” Terus Al-Banna menarik adiknya keluar. Air mata Umar menitis jua. Mata di pejam. “Abang….” Teriak Yusra sayu sempat menoleh Umar yang membelakanginya. Umar terduduk. “Ya Allah beratnya dugaan-MU” Umar memujuk hatinya.                    

       “Sudah berbulan-bulan aku berpenat dengan kesepian dirimu. Inginkan hadirmu buat sepanjang hayat,rindu kian bergema. Lantaran, jiwa yang sarat akan kekecewaan”. Monolog Umar yang berada di ruang tamu menyepi keseorangan.“Assalamualaikum, Baba.” Umar menelefon ayah mertuanya, Haji Dato’ Imran. “Waalaikumussalam. Umar, kenapa ni?” nada risau. “Baba,saya… saya..” Tak terluah oleh kata-kata. “Umar,Baba faham. Sekarang kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Umar.” “Terima kasih Baba.” Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur,Babanya seorang yang memahami. Babanya agak moden kerana seorang dekan di sebuah universiti terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Yusra itu hidup melarat. Tiba-tiba ringtone SMS daripada seseorang.  

Kesian, Baba tengok Yusra.
Dia sangat memerlukan kamu.
Air matanya jatuh lagi saat teringat kamu.
Sungguh, dia hampir melepaskan
tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.
Astargfirullahhalazim.  


Sender: Baba  +0199205005  
                 


         Erat Yusra memeluk suaminya saat masuk ke dalam rumah Babanya tadi. Haji Imran hanya senyum melihat mereka. “Abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Yusra. Umar yang terkedu itu mengesat air mata Yusra. “shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu. “Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. Kami balik dulu abi, umi.” Umar bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Yusra.                   

       “Saya sayang abang.” Luah Yusra sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Umar yang tengah memandu itu senyum. “saya pun sayang awak juga.” Yusra senyum senang. “Yusra…” Panggil Umar. “ya?” Asiah Yusra memandang suaminya yang tengah memandu itu. Umar diam sekejap. “thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak berubah.” Yusra ketawa kecil. “Bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.” “Tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Umar. Yusra senyum. “Saya hanya pengantar je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Umar mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu. 

         “ Awak..mana awak dapat wang banyak macam itu? Lebih-lebih lagi itu pemberian sayang kepada abang?” Yusra terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Umar lembut. “abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Yusra ingin menyembunyikan penyakit dirinya daripada diketahui oleh orang-orang  yang tersayang termasuk keluarga kerana tidak mahu mereka susah. Kerana itu Yusra membuat penyimpanan wang sendirian, tetapi sudah habis diberi kepada suami tercinta . 

       Umar terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Yusra terbatuk darah.Tetapi tidak diketahui Umar.                

      Jam 0415, sebelum turun dari katil sempat Yusra mencium pipi Umar. Terkejut juga Umar. “mimpi ke reliti ni?” seloroh Umar dan memegang pipinya yang di cium tadi. Yusra hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Umar bersalaman dengan Yusra. “Abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakiti hati abang.” Seperti biasa Yusra akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua makan minum.” Umar menarik Yusra dalam pelukkannya. “Abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” Dahi isterinya di cium. “Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Yusra dan senyum. Umar hanya senyum. “Hm, nak ikut abang solat Subuh dekat surau tak?” Yusra geleng. “boleh ia abang. Saya nak solat dekat rumah je. Letihlah.” Umar mengangguk. “Oklah. Nanti abang belikan sarapan.” “Okay, saaaaayang abang !” lirih Yusra. “Sayang awak juga.” Umar memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi ayam.


       Umar keluar dari kereta.     PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Umar mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Umar ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Umar sewaktu dia ke dapur. Darah melimpahi baju isterinya. “Sayang !!!!” jerit Umar melihat Yusra yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Tiba-tiba dua orang kelibat tadi menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Umar tidak bernafas dan pengsan.     

                                                 **********                                    

              Umar terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Umar memangku Yusra yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Umar mencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Umar tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. “Bukan saya.” Tangan Umar bergari. “bukan saya!..” Umar terkejut melihat abahnya juga turut di situ. “Abah! Bukan Umar!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Umar keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. “kalau kamu tak suka dia pun, janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara. “bukan Umar bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Umar memandang Baba,Ummi dan abang iparnya. “Baba, bukan saya, Ummi!!” meronta-ronta Umar. “Sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” Herdik Al-Banna merah-kemerahan matanya mungkin sebab menangis. 

      Umar cuba meronta. “bukan saya! Baba!! Ummi!! Abah! Percaya saya..” “Cepat bawa dia!” arah Al-Banna. “Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah….Semoga dia selamat.” Umar mengharap.                 

             Sebak dadanya. “Baba kenapa dengan isteri saya?” Haji Imran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah Umar, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Imran bangun dari kerusi itu. Setelah itu, Umar membuat solat sunnat. Dia membaca Al-Quran.  ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir dengan air matanya.    

Belajar DIAM daripada banyaknya BICARA 

Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN 

Belajar KESUSAHAN daripada hidup SENANG

 Belajar MENANGIS daripada suatu KEBAHAGIAN

 Belajar KEIKHLASAN daripada KEPEDIHAN 

Belajar TAWAKKAL daripada UJIAN Belajar

 REDHA daripada satu KETENTUAN..   

          “Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Imran gembira melihat wajah menantunya itu. “Bebas juga saya.. Baba..” kata Umar. “Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA, anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Umar senyum. “Terima kasih Ya Allah.” “Baba,jom jumpa Yusra.” Bicara Umar ceria. Haji Imran tersentak. Dia hanya mengangguk. Umar duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Umar tak bersalah. Umar hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Imran berhenti di hospital.                 

         Umar terkejut. “Baba, kenapa di sini?” “Turun dulu Umar. Jom.” Ajak Haji Imran. Umar hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Umar terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya sedang menangis. Dia nampak Umminya juga sedang menangis. Dia nampak doktor. Perlahan Umar melangkah ke arah bilik itu. “Maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Umar mendengar. Umar menghampiri katil itu. “barah hatinya dah kriktikal. Bersabarlah.” Kaki Umar hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Yusra baring tenang di atas katil itu. Umar mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit Umar terduduk, dia menangis. Haji Imran menenangkan menantunya itu. “sabar Umar…”             


       “tak…tak…bukan dia..” sayu Umar mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. “Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Yusraa……….”  Air mata lelakinya deras mengalir.  “Click sini”  “lagu apa?” “tajuknya Kau Pemilik Cinta Hijjaz yang mengalunkan”  “ .. haa, nah..” “Hm, awak ambil satu..” “..er..kita dengar sama-sama..” “Abang kita jadikan lagu kita tau” Terngiang-ngiang suara Asiah Yusra di telinga Umar.           

       Umar menutup buku agama yang dibacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Yusra pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke realiti. Abah dan Babanya puas meredakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa sedihnya dia kehilangan orang yang disayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan Allah. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan surahYassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. 

   Umar turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama Abah dan Ibunya di villa mereka. “Umar, nak pergi mana?” Dia senyum. “Ibu..” Umar menghampiri ibunya dan dicium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Umar bersalaman dengan abahnya. “Hm, pergi masjid. Umar pergi dulu. Assalamualaikum.” “Waalaikumussalam.”           

     Umar meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwuduk. Umar melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Umar memberhentikan bacaannya. “Waalaikumussalam.” “anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Umar senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “Saya ingat nak tidur sinilah pak cik.” “Oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Umar mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Umar baca, matanya sudah mahu terlelap. Umar menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Umar membaring tubuhnya yang lesu. “Awak jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk”  “er..awak jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” 

                 Tiba-tiba, mata Umar terpandang seseorang. Umar bangun. Dia menghampiri Yusra yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung. Umar menggenggam tangan Yusra. “jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Yusra hanya senyum dan menarik tangan Umar agar mengikutinya. Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid                 

      “Tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa Arwah sebelum meninggal dunia. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar. “Terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-geri, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato’ Rahimi. “Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantuku di bawah rahmat-MU.” Isteri dan Dato’ Rahimi berdoa serta membacakan surah Yasiin.                 

     “InsyaAllah mereka tenang di sana.” Keluarga arwah Umar dan Yusra berkata dengan nada yang sebak sehinggakan menitis air mata.